Showing posts with label Kota Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Kota Tinggi. Show all posts

Destinasi Menarik Sekitar Felda

Felda Lok Heng Barat adalah terletak dalam kawasan Daerah Kota Tinggi di selatan negeri Johor, sebuah daerah yang kaya dengan kisah sejarah dan juga banyak lokasi santai dan menarik yang berdekatan dengannya.Oleh itu, jangan lepaskan peluang bagi anda yang bertandang ke perkampungan ini kerana lokasinya yang tidak jauh dengan pantai-pantai yang cukup cantik dan menarik. Antaranya adalah Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar, Pengerang, Hutan Lipur Panti, Air Terjun Kota Tinggi dan banyak lagi. 

Bagi anda yang berada di luar kawasan Kota Tinggi mahupun dari luar negara, ini adalah satu pakej percutian kepada anda yang melawat ke sini. Sambil menerokai kehidupan suasana perkampungan Felda, anda juga boleh menghabiskan waktu untuk melawat ke tempat-tempat sekitar kawasan dengan anggaran masa antara 30 minit hingga 1 jam untuk melawat di sekitar kawasan ini. Lokasi menarik yang terdapat dalam kawasan Kota Tinggi ini adalah seperti di bawah :


Bandar Kota Tinggi Johor




Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri Johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi. Terdapat 10 buah mukim di dalam daerah ini yang mengandungi lebih 200,000 penduduk yang merangkumi 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan bandar baru KEJORA. 

Nama Kota Tinggi juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kota Tinggi adalah nama yang terbit daripada keadaan muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah, nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana Kedudukannya yang terletak lebih tinggi daripada aras sungai.