Konsep Landskap Juara AKKF

Felda Lok Heng Barat berjaya merangkul gelaran Juara AKKF bagi sessi 2013. Semakin ramai pengunjung telah bertandang dan menginap disini antaranya pelajar universiti, program anak angkat, lawatan warga Felda di seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan para pelancong yang sudi bertandang di Felda Lok Heng Barat. Secara tidak langsung menaikkan nama Felda Lok Heng sendiri terutama sosio-ekonomi dan pendapatan masyarakat setempat. Banyak permintaan hampir setiap minggu pasti ada pelawat yang menganjurkan pelbagai program disini. Impak positif yang mampu dirasai oleh seluruh warga Felda Lok Heng khususnya, peningkatan eco-tourism yang mampu memberi pulangan yang positif buat warga Felda. 

Keindahan dan keceriaan sesebuah kampung itu adalah subjektif. Mungkin ramai orang beranggapan Keceriaan Kampung itu adalah cantik semata-mata, penuh dengan bunga-bungaan, namun bagi kami warga Felda Lok Heng Barat sendiri beranggapan keceriaan itu adalah subjektif disokong kuat oleh masyarakatnya yang ramah, tolong-menolong, rajin dan tidak lokek dengan senyuman ceria. 

Landskap Halaman Rumah Berkonsepkan Kolam Air Terjun

Kajian AKKF Pelajar USM Penang

 

Pada 03 November 2013 yang lepas, Felda Lok Heng Barat telah menerima kunjungan dari sekumpulan pelajar USM Pulau Pinang, kedatangan mereka adalah berkaitan kajian kesan sebelum dan selepas menjuarai AKKF 2013 terhadap masyarakat warga Felda Lok Heng Barat. Kajian lapangan yang dianggotai 4 orang mahasiswi cantik USM ini diketuai oleh Saudari Syarifah, Saudari As, Saudari Ain & Saudari Fathia berlangsung seperti yang dirancang mengikut agenda mereka setelah tiba di Felda Lok Heng Barat.


Sessi wawancara pelajar USM dan Tuan Pengurus Felda Lok Heng Barat

Homestay Felda Lok Heng Barat

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia
Felda Lok Heng Barat telah merasmikan pembukaan Homestay terbaru kepada semua pengunjung dan pelawat yang bertandang dan ingin menginap di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor.


Homestay yang juga merupakan bangunan GPW ini baru siap dibina dengan memiliki 2 ruang bilik yang sangat luas, ruang bilik solat, ruang mesyuarat, ruang dapur dan bilik air. Dengan hiasan yang cantik dan menarik pasti memberi keselesaan dan kepuasan kepada pengunjung yang menginap di sini.