Destinasi Menarik Sekitar Felda

Felda Lok Heng Barat adalah terletak dalam kawasan Daerah Kota Tinggi di selatan negeri Johor, sebuah daerah yang kaya dengan kisah sejarah dan juga banyak lokasi santai dan menarik yang berdekatan dengannya.Oleh itu, jangan lepaskan peluang bagi anda yang bertandang ke perkampungan ini kerana lokasinya yang tidak jauh dengan pantai-pantai yang cukup cantik dan menarik. Antaranya adalah Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar, Pengerang, Hutan Lipur Panti, Air Terjun Kota Tinggi dan banyak lagi. 

Bagi anda yang berada di luar kawasan Kota Tinggi mahupun dari luar negara, ini adalah satu pakej percutian kepada anda yang melawat ke sini. Sambil menerokai kehidupan suasana perkampungan Felda, anda juga boleh menghabiskan waktu untuk melawat ke tempat-tempat sekitar kawasan dengan anggaran masa antara 30 minit hingga 1 jam untuk melawat di sekitar kawasan ini. Lokasi menarik yang terdapat dalam kawasan Kota Tinggi ini adalah seperti di bawah :




Pantai Tanjung Balau adalah salah satu destinasi menarik yang harus anda kunjungi, pantai yang bersih dan landai amat sesuai untuk aktiviti santai dan mandi, terdapat juga kelompok batu yang luas di mana ramai pengunjung memotret kenangan mereka berlatarbelakangkan batu-batu yang sangat cantik. Selain itu, terdapat juga resort-resort tepi pantai dan perkampungan nelayan. Mudah bicara ianya sangat seronok untuk merasai pengalaman berharga ini.



Bagi mereka yang sukakan suasana ekslusif dan layanan istimewa, Desaru adalah lokasi seterusnya yang mana lokasinya hanya mengambil masa antara 10 minit dari pantai Tanjung Balau. Disini, hotel berskala 4 bintang serta resort-resort dan padang golf terletak disini.



Seterusnya adalah Pantai Batu Layar yang terletak sekitar 20 minit dari pantai Desaru. Batu Layar antara lokasi pantai yang cantik dan menarik. Batu-batu disini sangat unik dan anda boleh berjalan di kawasan batu walaupun ketika air laut pasang. Dihadapan pantai juga terdapat banyak chalet persendirian bagi anda yang ingin bermalam disini.



Turut tidak ketinggalan Air Terjun Kota Tinggi, satu-satunya air terjun yang popular dalam kalangan masyarakat sekitar negeri Johor dan pengunjung luar. Ini adalah antara destinasi menarik dan harus anda kunjungi. Selain yang dikongsikan disini, terdapat juga pantaiKedudukan lokasi Felda Lok Heng Barat adalah berdekatan dengan pantai. Oleh itu tidak hairanlah jika ramai pengunjung menambah destinasi ini sebagai pilihan utama mereka kerana terdapat berpuluh resort dan pantai disepanjang daerah ini. Jika anda bertandang di Felda Lok Heng Barat, jangan lupa untuk singgah di destinasi seperti di atas. Sekian, terima kasih.



No comments: