Konsep Landskap Juara AKKF

Felda Lok Heng Barat berjaya merangkul gelaran Juara AKKF bagi sessi 2013. Semakin ramai pengunjung telah bertandang dan menginap disini antaranya pelajar universiti, program anak angkat, lawatan warga Felda di seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan para pelancong yang sudi bertandang di Felda Lok Heng Barat. Secara tidak langsung menaikkan nama Felda Lok Heng sendiri terutama sosio-ekonomi dan pendapatan masyarakat setempat. Banyak permintaan hampir setiap minggu pasti ada pelawat yang menganjurkan pelbagai program disini. Impak positif yang mampu dirasai oleh seluruh warga Felda Lok Heng khususnya, peningkatan eco-tourism yang mampu memberi pulangan yang positif buat warga Felda. 

Keindahan dan keceriaan sesebuah kampung itu adalah subjektif. Mungkin ramai orang beranggapan Keceriaan Kampung itu adalah cantik semata-mata, penuh dengan bunga-bungaan, namun bagi kami warga Felda Lok Heng Barat sendiri beranggapan keceriaan itu adalah subjektif disokong kuat oleh masyarakatnya yang ramah, tolong-menolong, rajin dan tidak lokek dengan senyuman ceria. 

Landskap Halaman Rumah Berkonsepkan Kolam Air Terjun






Landskap Halaman Rumah Berkonsepkan Edible Garden







Landskap Halaman Rumah Berkonsepkan Tanah Tinggi & British Style









Ini adalah antara koleksi lanskap halaman rumah warga peneroka Felda Lok Heng Barat. Kepada anda yang ingin menginap dan bertandang di sini, bolehlah dapatkan info berkenaan homestay yang terdapat di Felda Lok Heng Barat. Seluruh warga disini berbesar hati akan kehadiran anda yang sudi bertandang di Felda Lok Heng Barat. Semoga paparan kali ini turut memberi inspirasi berguna kepada pengunjung dan felda-felda lain dalam menceriakan kampung masing-masing. Kepada anda yang ingin berkunjung disini, selamat datang kami ucapkan. 



Sekian, Terima Kasih

 

No comments: