LATAR BELAKANG FELDA LOK HENG
Pejabat Felda Lok Heng Barat
81900 Kota Tinggi Johor
No Telefon : 07-8947469
No Fax : 07-8947612
Salam muhibah kepada semua pembaca yang di hormati,
disini saya kongsikan sedikit info tentang asal usul sejarah dan latar belakang
Felda Lok Heng, mungkin ianya antara maklumat yang sangat berharga kepada kita semua
khususnya anak jati warga Felda Lok Heng sendiri untuk mengetahui asal usul
"LOK HENG". Semoga ianya berguna kepada kita semua dan adik-adik yang
masih dibangku sekolah agar menjadi pembakar semangat untuk turut sama berbakti
di tanah yang bertuah ini.
Di percayai nama Felda Lok Heng
ditemui daripada nama pekebun cina yang bernama “Lok Heng” pada
tahun 40-an. Beliau adalah merupakan seorang warga cina yang pertama pernah
meneroka kawasan ini yang dahulunya hutan belantara. Jolokan "Lok
Heng" kekal kerana bertapaknya nama dan kisah beliau. Namun begitu,
kesahihan sejarah ini tidak dapat disahkan.
Felda Lok Heng Barat berkeluasan keliling seluas
2,053.46 hektar. Mempunyai 4 peringkat I,II,III,IV. Felda Lok Heng Barat telah
dibangunkan pada tahun 1976 dengan tanaman kelapa sawit. Jumlah peneroka yang
pertama adalah seramai 484 orang, kemasukan pertama peneroka ini adalah bermula
dari tahun 1982 hingga tahun 1987.
Alamat rancangan Felda Lok Heng Barat :
81900 Kota Tinggi Johor
No Telefon : 07-8947469
No Fax : 07-8947612
Maklumat kawasan Parlimen :
Nama Ahli Parlimen : YB
Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
Nama kawasan Parlimen : Parlimen Kota Tinggi
Maklumat Dewan Undangan Negeri (Dun)
Nama Adun : YB Haji Rasman Ithnain
Nama Kawasan Dun : Sedili Kecil
Felda Long Barat, Lok Heng
Timur & Lok Heng Selatan
Gugusan
FELDA Lok Heng yang terletak di Mukim Sedili Kecil dalam Daerah Kota Tinggi
adalah terdiri daripada tiga buah tanah rancangan peneroka FELDA iaitu Felda
Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur dan Felda Lok Heng Selatan.
Felda
Lok Heng Selatan telah dibangunkan pada tahun 1978 dengan tanaman kelapa sawit
seluas 1768.44 hektar. Pada peringkat awalnya, kawasan ladang Felda Lok Heng
Selatan adalah kawasan ladang Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur
yang mana kebanyakan kawasannya tidak berapa ekonomik, rendah dan berpaya.
Kawasan ini telah dipulihkan dan dibangunkan semula. Maka, wujudlah rancangan
Felda Lok Heng Selatan
.
Tanah
rancangan Felda Lok Heng Selatan telah dibangunkan pada tahun 1978 dan mula
diduduki oleh peneroka baru secara rasmi pada Januari 1986 bagi peringkat 01
seramai 110 orang tidak termasuk ahli keluarga masing-masing dan pada Februari
1987 bagi peringkat 02 seramai 261 orang tidak termasuk ahli keluarga
masing-masing.
2 comments:
Maklumat yang sangat berguna dan bermanfaat. Terima kasih.
Miss my hometown so bad :,(
Post a Comment