Perusahaan Orkid Bonda


Salah satu tarikan utama kepada mereka yang berkunjung ke Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi Johor ini adalah Tanaman Orkid yang di kenali sebagai "Orkid Bonda". Perusahaan yang telah beroperasi pada awal tahun 2012 ini menjadi salah satu tarikan pengunjung dan warga setempat. Perusahaan yang dijalankan di rumah ini turut menawarkan jualan orkid, baja, sabut kelapa, arang, baja dan segala kelengkapan tanaman orkid termasuk kursus perniagaan orkid menjadikannya salah satu tarikan utama dan menceriakan Felda Lok Heng Barat. 

 















Sedikit info dikongsikan kepada pembaca semua, ada sesetengah orkid mengeluarkan bau wangi di waktu pagi ketika terkena sinaran matahari, bau wangi ini mampu menjadi salah satu terapi minda kepada kita. Disamping menjadikan halaman rumah kita cantik dan berseri, ia juga mampu memberi satu terapi penting kepada warga tua iaitu "keceriaan minda". ~

Sekian..

No comments: