Juara AKKF 2013

FELDA LOK HENG BARAT JUARA AKKF 2013


Tuah akhirnya memihak kepada Felda Lok Heng Barat selaku juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2013 merangkul ganjaran bernilai RM1 Juta. Syukur kehadrat Ilahi kerana setelah dihampakan pada tahun 2012 di mana kejuaraan itu berpihak kepada Felda Nitar 2, akhirnya giliran Felda Lok Heng Barat mara mengukir sejarah. Berbekalkan semangat yang tidak kenal erti putus asa dan kesungguhan warganya menceriakan kampung dengan pelbagai landskap, kebersihan, bunga-bungaan dan infrastruktur dalam saling melengkapi keperluan warga disini, saguhati "duit raya" kali ini bakal melakar sejarah baru kepada warga Felda Lok Heng Barat khususnya kerana pengumumannya masih di dalam 'mood' hari raya.

Sejarah Felda Lok Heng Barat



LATAR BELAKANG FELDA LOK HENG


Salam muhibah kepada semua pembaca yang di hormati, disini saya kongsikan sedikit info tentang asal usul sejarah dan latar belakang Felda Lok Heng, mungkin ianya antara maklumat yang sangat berharga kepada kita semua khususnya anak jati warga Felda Lok Heng sendiri untuk mengetahui asal usul "LOK HENG". Semoga ianya berguna kepada kita semua dan adik-adik yang masih dibangku sekolah agar menjadi pembakar semangat untuk turut sama berbakti di tanah yang bertuah ini.



Di percayai nama Felda Lok Heng ditemui daripada nama pekebun cina yang bernama “Lok Heng” pada tahun 40-an. Beliau adalah merupakan seorang warga cina yang pertama pernah meneroka kawasan ini yang dahulunya hutan belantara. Jolokan "Lok Heng" kekal kerana bertapaknya nama dan kisah beliau. Namun begitu, kesahihan sejarah ini tidak dapat disahkan. 

Bandar Kota Tinggi Johor




Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri Johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi. Terdapat 10 buah mukim di dalam daerah ini yang mengandungi lebih 200,000 penduduk yang merangkumi 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan bandar baru KEJORA. 

Nama Kota Tinggi juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kota Tinggi adalah nama yang terbit daripada keadaan muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah, nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana Kedudukannya yang terletak lebih tinggi daripada aras sungai.

Kemudahan Utama Di Felda


Felda Lok Heng Barat Kota Tinggi Johor adalah merupakan satu kurniaan Allah kepada warga penghuninya yang tinggal di sini. Diberikan keamanan, ketenangan, kemajuan serta keceriaan yang mampu memberikan ketenangan berbanding kesibukan kota. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada warga Felda sebagai memenuhi keperluan harian

Pejabat Felda Lok Heng Barat Kota Tinggi Johor

Gambar Anak Peneroka

Koleksi gambar lama ini sekitar 10 tahun ke 20 tahun lampau. Era tahun 1990 ke 2000. Tersangatlah lama tetapi itulah terletak nilai MAHAL nya. Dahulu kecil, sekarang sudah dewasa malah ada yang sudah beranak pinak dan berkeluarga


Perusahaan Orkid Bonda


Salah satu tarikan utama kepada mereka yang berkunjung ke Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi Johor ini adalah Tanaman Orkid yang di kenali sebagai "Orkid Bonda". Perusahaan yang telah beroperasi pada awal tahun 2012 ini menjadi salah satu tarikan pengunjung dan warga setempat. Perusahaan yang dijalankan di rumah ini turut menawarkan jualan orkid, baja, sabut kelapa, arang, baja dan segala kelengkapan tanaman orkid termasuk kursus perniagaan orkid menjadikannya salah satu tarikan utama dan menceriakan Felda Lok Heng Barat. 

 

Marhaban Hari Raya 2013

MARHABAN HARI RAYA 2013

Bergambar Setelah Selesai Marhaban

Generasi Muda Harapan Felda